Season Pass

Apakah itu SEASON PASS?

  • Plan yang diperkenalkan oleh XOX Mobile sebagai penyedia perkhidmatan ONEXOX bermula pada 1 Ogos 2016.
  • Merupakan satu plan yang memberi LEBIH PENJIMATAN kepada pengguna.
  • Boleh diklasifikasikan sebagai BANK SIMPANAN STOK Data dan Minit Panggilan.
  • Satu-satunya plan yang tidak ada pada mana-mana telco lain.

Siapakah yang boleh melanggan SEASON PASS?

Semua pelanggan XOX Mobile termasuklah ONEXOX Prepaid, ONEMUSIC, ONEXOX Black, PrepaidPlus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack dan XOX XinXun.

Apakah yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA bagi pelanggan yang melanggan Plan SEASON PASS?

  • Belian dilakukan secara pukal atau belian borong yang mana belian dengan kaedah tersebut lebih murah berbanding langganan pelan biasa. Sebagai contoh: Harga data pelan biasa RM15 untuk 1GB kuota internet. Manakala salah satu pakej belian data di dalam Pelan SEASON PASS RM100 untuk 20GB kuota internet.
  • Jika dibuat kiraan RM100/20GB bersamaan dengan RM5 sahaja untuk 1GB. Ianya 3 kali ganda PENJIMATAN berbanding pakej biasa. Itulah yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA yang kami tawarkan.

Berapa lama tempoh sah Plan SEASON PASS?

  • ONEXOX merupakan telco pertama yang memberi secara PERCUMA validity atau tempoh sah kredit yang panjang dengan permulaan 28 bulan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Oleh itu, validity bagi SEASON PASS juga adalah sama dengan validity kredit anda. Jika tarikh sah kredit anda sehingga tahun 2020, maka validity data & minit panggilan di dalam SEASON PASS juga sehingga tahun 2020.
  • Ini bermakna data di dalam SEASON PASS yang belum diaktifkan bersifat TAHAN LAMA serta tidak akan berkurangan selagi data tidak diaktifkan.

SEASON PASS boleh dikongsi dan berapa banyak perkongsian boleh dilakukan?

  • Ya. Data & Minit Panggilan yang ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi dengan seramai mungkin kenalan anda. Manakala kenalan anda yang menerima perkongsian daripada anda pula boleh berkongsi dengan kenalan mereka yang lain.
  • Tiada Had perkongsian untuk Minit Panggilan, manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran.
  • Setiap SMS untuk perkongsian sama ada Data atau Minit Panggilan akan dikenakan caj 50 sen kepada penghantar untuk sekali SMS penghantaran.
  • Perkongsian yang dihantar akan terus masuk ke akaun SEASON PASS kenalan anda.
  • Untuk lebih penjimatan, anda boleh menghantar perkongsian secara serentak atau sekaligus dengan 1 SMS penghantaran bagi Data dan Minit Panggilan.

Saya hanya pengguna biasa yang tak menggunakan internet, bolehkah saya melanggan Plan SEASON PASS?

Ya. Kami juga menawarkan pakej Minit Panggilan sahaja. Minit Panggilan adalah panggilan ke SEMUA RANGKAIAN. Pakej yang kami tawarkan adalah serendah 9 sen/minit. Pakej yang ditawarkan khas untuk anda iaitu pakej Minit Panggilan, Pakej Data & Pakej gabungan Data dan Minit Panggilan.

Selepas saya melanggan Plan SEASON PASS adakah data terus boleh digunakan?

  • Tidak. Data di dalam SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu.
  • Untuk mengaktifkan Data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan pelan internet yang terdapat di dalam Easy Menu *150#. Sebagai contoh; anda ingin melanggan internet 500MB, jadi anda perlu memilih langganan pelan internet 500MB/30 hari yang terdapat dalam Easy Menu *150#.
  • Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan internet boleh digunakan.
  • Baki Data yang ada di dalam SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi Minit Panggilan pula, ianya terus aktif dan boleh digunakan.
  • Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat Minit Panggilan, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi Minit Panggilan masih berbaki di dalam akaun SEASON PASS.
  • Secara mudahnya, hanya Data sahaja yang bersifat tidak aktif selagi anda tidak membuat langganan pelan internet, manakala Minit Panggilan akan terus aktif selepas pembelian pakej SEASON PASS dibuat.

Jika saya membuat langganan pakej SP C2 (Data 20GB + 333 minit panggilan) tetapi saya tidak mahu menggunakan minit panggilan tersebut. Adakah semua minit panggilan itu boleh dikongsi kepada kenalan saya?

Ya. Semua item yang ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi. Tiada had perkongsian untuk Minit Panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran.

Adakah validity SEASON PASS sama dengan validity langganan data selepas diaktifkan?

  • Tidak. Validity SEASON PASS adalah mengikut tarikh luput kredit anda manakala validity data yang telah diaktifkan atau dilanggan adalah mengikut tempoh masa langganan data tersebut.
  • Contohnya; anda membuat langganan internet 1GB/30 hari. Maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari. Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Anda akan menerima SMS peringtatan setelah 80% penggunaan dan anda juga akan menerima SMS 100% penggunaan.

Pilihan Pakej SEASON PASS




Dapatkan simkad ONEXOX Sekarang!

Mohd Shukri

Mohd Shukri
  • DYSD13493
  • 0105095009
  • 0105095009
  • 0105095009
  • Facebook

Artikel Terkini